PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PERINGKAT SK PARIT MAHANG 2011
Murid memerlukan pendedahan yang selaras dengan perkembangan globalisasi. Program ini akan memberikan latihan kepada murid dalam usaha membina jati diri dan kecemerlangan akhlak dan minda. Oleh itu perkhemahan ini dapat membantu murid-murid SK Parit Mahang menjadi murid yang berketrampilan, berkemahiran dan berdisiplin. Maka dengan ini murid akan didedahkan dengan ilmu yang membolehkan mereka menjadi murid yang cemerlang.
Memberi peluang kepada peserta meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perkhemahan kokurikulum secara sistematik dan praktikal. Dengan ini juga peserta diuji dengan ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Di harapkan peserta perkhemahan ini mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam meningkatkan keyakinan diri yang tinggi yang dapat mendidik peserta menjadi murid yang berketrampilan dengan ciri-ciri ketimuran.
1. Memberi pendedahan kepada setiap peserta menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam kegiatan perkhemahan.
2. Memberi pelbagai kemahiran asas sebagai persediaan perkhemahan di peringkat yang lebih besar di sekolah menengah kelak.
3. Memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan toleransi di kalangan peserta.
4. Membina dan meningkatkan ketahanan mental, fizikal serta memupuk sikap berdikari.
5. Membina dan menyuburkan semangat bekerjasama dan toleransi serta bertolak ansur di kalangan ahli kumpulan.
6. Menanam semangat persaingan yang sihat dan mencapai kecemerlangan di dalam setiap tindakan atau pertandingan yang diadakan.
4. Sasaran peserta Perkhemahan Kokurikulum adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada murid-murid ahun 4, 5 dan 6.
28 dan 29 Oktober 2011 (2 hari 1 malam)
Sk Parit Mahang.
Sekolah
RM15.00 seorang
HARI : JUMAAT (28 OKTOBER 2011)
2.30 p.m. : Pendaftaran Peserta
3.00 p.m. : Taklimat
3.30 p.m. : Aktiviti 1 - Mendirikan Khemah
4.00 p.m. : Aktiviti 2 - Gajet
5.00 p.m. : Solat Asar Berjemaah / Minum Petang
5.30 p.m. : Sambungan Aktiviti Gajet
6.30 p.m. : Makan Malam / Persiapan Diri
7.15 p.m. : Solat Maghrib Berjemaah / Tazkirah
8.15 p.m. : Solat Isyak Berjemaah
8.45 p.m. : Aktiviti 3 – Malam Kesenian Islam
10.45 p.m. : Minum Malam
11.00 p.m. : Tidur
HARI : SABTU (29 OKTOBER 2011)
5.30 a.m : Persiapan Diri
6.00 a.m : Solat Subuh Berjemaah / Kuliah Subuh
7.00 a.m : Aktiviti 4 - Senaman Pagi
8.00 a.m : Sarapan pagi.
8.30 a.m. : Aktiviti 5 - Permainan / Ikatan / Pertolongan Cemas
10.00 a.m : Minum Pagi
10.30 a.m : Aktiviti 6 – Aktiviti 7 - Ikhtiar Hidup
12.30 p.m : Makan tengahari
1.00 p.m : Solat Zohor Berjemaah
1.45 p.m : Treasure Hunt/Kompas
3.45 p.m : Minum petang
4.00 p.m : Solat Asar Berjemaah
4.30 p.m : Aktiviti 8 - Larian Berhalangan
5.30 p.m : Penutup
6.00 p.m. : Bersurai
0 comments:
Post a Comment