Monday, April 16, 2012

MAHRAJAN j-QAF 2011






MAHRAJAN (FESTIVAL) PROGRAM j-QAF

PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2011

1. PENGENALAN

Mahrajan Program j-QAF adalah satu aktiviti murid beragama Islam yang bercorak pendidikan. Ia telah dijadikan sebagai kegiatan tahunan disekolah-sekolah program j-QAF yang merangkumi pelbagai aspek pembinaan akhlak dan rohani seperti ujian tilawah Al-Quran, kalam jama’ie, dikir barat dan kuiz agama. Semua kegiatan ini merupakan saluran yang memberi ruang kepada murid-murid untuk mengasah bakat dan meningkatkan potensi melalui bidang-bidang yang diminati.

2. OBJEKTIF

2.1. Menanamkan minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi Al-Quran.

2.2. Memantapkan lagi sebutan dan bacaan Al-Quran.

2.3. Memberi pendedahan kepada murid untuk memperkembangkan potensi mereka dalam aktiviti ko-kurikulum.

3. SASARAN

Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 di sekolah-sekolah program j-QAF dalam daerah Kuala Selangor.

4. TARIKH, MASA, TEMPAT, TEMA, PERASMI

Tarikh : 3 November 2011

Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : SK PARIT MAHANG

Tema : AL-QUR’AN PEMANGKIN MODAL INSAN GEMILANG

5. ANJURAN & PENGELOLA

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengelola : SK Parit Mahang

Perasmi : En. Ahmad Radzi bin Shaari,

Penolong PPD Pengurusan Akademik,

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor



Acara yang dipertandingkan:

  • Dikir Barat
  • Kalam Jamaie
  • Tilawah Al-Qur’an L
  • Tilawah Al-Qur’an L
  • Kuiz Bertulis

0 comments:

Related Posts with Thumbnails