Monday, April 16, 2012

Hari Keluarga Kakitangan SKPM 2012






Apa yang penting kerjasama.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2012

Melalui gambar terukir segalanya.










MTQ Zon Bestari Jaya 2012






MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID

PERINGKAT ZON BESTARI JAYA, DAERAH KUALA SELANGOR 2012

1. PENGENALAN

Majlis Tadarrus Al-Quran dan Festival Nasyid ialah salah satu program tahunan dibawah aktiviti Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor yang dilaksanakan bagi mencungkil bakat dan pengetahuan murid-murid terhadap Agama Islam dari segi bacaan Al-Quran, Hafazan, bercerita kisah Nabi dan seni nasyid Islamik.

2. OBJEKTIF

a. 1. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang tarannum Al-Qur’an.

b. 2. Murid dapat memahirkan diri dalam hafazan Al-Quran.

c. 3. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang bercerita kisah Nabi.

d. 4. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang Nasyid Islamik.

3. SASARAN

Murid-murid sekolah kebangsaan zon bestari jaya, Daerah Kuala Selangor.

4. TARIKH, MASA, TEMPAT, TEMA, PERASMI

a. Tarikh : 1 Mac 2012, 8 Rabiul Akhir 1433H

b. Tempat : SK Parit Mahang

c. Tema : Al-Qur’an Menjana Transformasi Ummah

d. Perasmi : Pn Hjh Siti Zaiton bt Selamat (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor)

5. ANJURAN & PENGELOLA

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengelola : SK Parit Mahang

Maulidurrasul 2012


Perarakan dimulakan.

Mengelilingi sekolah, merentasi pusat desa kampung.


Ust Hasnul menyampaikan ceramah.


Khusyuk berdoa.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2011







PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PERINGKAT SK PARIT MAHANG 2011

1. PENGENALAN

Murid memerlukan pendedahan yang selaras dengan perkembangan globalisasi. Program ini akan memberikan latihan kepada murid dalam usaha membina jati diri dan kecemerlangan akhlak dan minda. Oleh itu perkhemahan ini dapat membantu murid-murid SK Parit Mahang menjadi murid yang berketrampilan, berkemahiran dan berdisiplin. Maka dengan ini murid akan didedahkan dengan ilmu yang membolehkan mereka menjadi murid yang cemerlang.

2. OBJEKTIF

Memberi peluang kepada peserta meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perkhemahan kokurikulum secara sistematik dan praktikal. Dengan ini juga peserta diuji dengan ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Di harapkan peserta perkhemahan ini mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam meningkatkan keyakinan diri yang tinggi yang dapat mendidik peserta menjadi murid yang berketrampilan dengan ciri-ciri ketimuran.

1. Memberi pendedahan kepada setiap peserta menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam kegiatan perkhemahan.

2. Memberi pelbagai kemahiran asas sebagai persediaan perkhemahan di peringkat yang lebih besar di sekolah menengah kelak.

3. Memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan toleransi di kalangan peserta.

4. Membina dan meningkatkan ketahanan mental, fizikal serta memupuk sikap berdikari.

5. Membina dan menyuburkan semangat bekerjasama dan toleransi serta bertolak ansur di kalangan ahli kumpulan.

6. Menanam semangat persaingan yang sihat dan mencapai kecemerlangan di dalam setiap tindakan atau pertandingan yang diadakan.

3. SASARAN

4. Sasaran peserta Perkhemahan Kokurikulum adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada murid-murid ahun 4, 5 dan 6.

5. TARIKH & MASA

28 dan 29 Oktober 2011 (2 hari 1 malam)

6. TEMPAT

Sk Parit Mahang.

7. PERINGKAT

Sekolah

8. BAYARAN

RM15.00 seorang

9. TENTATIF PROGRAM

HARI : JUMAAT (28 OKTOBER 2011)

2.30 p.m. : Pendaftaran Peserta

3.00 p.m. : Taklimat

3.30 p.m. : Aktiviti 1 - Mendirikan Khemah

4.00 p.m. : Aktiviti 2 - Gajet

5.00 p.m. : Solat Asar Berjemaah / Minum Petang

5.30 p.m. : Sambungan Aktiviti Gajet

6.30 p.m. : Makan Malam / Persiapan Diri

7.15 p.m. : Solat Maghrib Berjemaah / Tazkirah

8.15 p.m. : Solat Isyak Berjemaah

8.45 p.m. : Aktiviti 3 – Malam Kesenian Islam

10.45 p.m. : Minum Malam

11.00 p.m. : Tidur

HARI : SABTU (29 OKTOBER 2011)

5.30 a.m : Persiapan Diri

6.00 a.m : Solat Subuh Berjemaah / Kuliah Subuh

7.00 a.m : Aktiviti 4 - Senaman Pagi

8.00 a.m : Sarapan pagi.

8.30 a.m. : Aktiviti 5 - Permainan / Ikatan / Pertolongan Cemas

10.00 a.m : Minum Pagi

10.30 a.m : Aktiviti 6 – Aktiviti 7 - Ikhtiar Hidup

12.30 p.m : Makan tengahari

1.00 p.m : Solat Zohor Berjemaah

1.45 p.m : Treasure Hunt/Kompas

3.45 p.m : Minum petang

4.00 p.m : Solat Asar Berjemaah

4.30 p.m : Aktiviti 8 - Larian Berhalangan

5.30 p.m : Penutup

6.00 p.m. : Bersurai

Related Posts with Thumbnails