Monday, April 16, 2012

Hari Keluarga Kakitangan SKPM 2012






Apa yang penting kerjasama.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2012

Melalui gambar terukir segalanya.










MTQ Zon Bestari Jaya 2012






MAJLIS TADARUS AL-QURAN DAN FESTIVAL NASYID

PERINGKAT ZON BESTARI JAYA, DAERAH KUALA SELANGOR 2012

1. PENGENALAN

Majlis Tadarrus Al-Quran dan Festival Nasyid ialah salah satu program tahunan dibawah aktiviti Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor yang dilaksanakan bagi mencungkil bakat dan pengetahuan murid-murid terhadap Agama Islam dari segi bacaan Al-Quran, Hafazan, bercerita kisah Nabi dan seni nasyid Islamik.

2. OBJEKTIF

a. 1. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang tarannum Al-Qur’an.

b. 2. Murid dapat memahirkan diri dalam hafazan Al-Quran.

c. 3. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang bercerita kisah Nabi.

d. 4. Murid dapat memahirkan diri dalam bidang Nasyid Islamik.

3. SASARAN

Murid-murid sekolah kebangsaan zon bestari jaya, Daerah Kuala Selangor.

4. TARIKH, MASA, TEMPAT, TEMA, PERASMI

a. Tarikh : 1 Mac 2012, 8 Rabiul Akhir 1433H

b. Tempat : SK Parit Mahang

c. Tema : Al-Qur’an Menjana Transformasi Ummah

d. Perasmi : Pn Hjh Siti Zaiton bt Selamat (Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Selangor)

5. ANJURAN & PENGELOLA

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengelola : SK Parit Mahang

Maulidurrasul 2012


Perarakan dimulakan.

Mengelilingi sekolah, merentasi pusat desa kampung.


Ust Hasnul menyampaikan ceramah.


Khusyuk berdoa.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM 2011







PERKHEMAHAN KOKURIKULUM PERINGKAT SK PARIT MAHANG 2011

1. PENGENALAN

Murid memerlukan pendedahan yang selaras dengan perkembangan globalisasi. Program ini akan memberikan latihan kepada murid dalam usaha membina jati diri dan kecemerlangan akhlak dan minda. Oleh itu perkhemahan ini dapat membantu murid-murid SK Parit Mahang menjadi murid yang berketrampilan, berkemahiran dan berdisiplin. Maka dengan ini murid akan didedahkan dengan ilmu yang membolehkan mereka menjadi murid yang cemerlang.

2. OBJEKTIF

Memberi peluang kepada peserta meningkatkan ilmu pengetahuan di dalam bidang perkhemahan kokurikulum secara sistematik dan praktikal. Dengan ini juga peserta diuji dengan ilmu yang diperolehi dan dipraktikkan di dalam kehidupan seharian. Di harapkan peserta perkhemahan ini mengaplikasikan ilmu yang diperolehi dalam meningkatkan keyakinan diri yang tinggi yang dapat mendidik peserta menjadi murid yang berketrampilan dengan ciri-ciri ketimuran.

1. Memberi pendedahan kepada setiap peserta menimba sebanyak mungkin pengalaman dalam kegiatan perkhemahan.

2. Memberi pelbagai kemahiran asas sebagai persediaan perkhemahan di peringkat yang lebih besar di sekolah menengah kelak.

3. Memupuk semangat kerjasama, setiakawan dan toleransi di kalangan peserta.

4. Membina dan meningkatkan ketahanan mental, fizikal serta memupuk sikap berdikari.

5. Membina dan menyuburkan semangat bekerjasama dan toleransi serta bertolak ansur di kalangan ahli kumpulan.

6. Menanam semangat persaingan yang sihat dan mencapai kecemerlangan di dalam setiap tindakan atau pertandingan yang diadakan.

3. SASARAN

4. Sasaran peserta Perkhemahan Kokurikulum adalah seramai 100 orang yang terdiri daripada murid-murid ahun 4, 5 dan 6.

5. TARIKH & MASA

28 dan 29 Oktober 2011 (2 hari 1 malam)

6. TEMPAT

Sk Parit Mahang.

7. PERINGKAT

Sekolah

8. BAYARAN

RM15.00 seorang

9. TENTATIF PROGRAM

HARI : JUMAAT (28 OKTOBER 2011)

2.30 p.m. : Pendaftaran Peserta

3.00 p.m. : Taklimat

3.30 p.m. : Aktiviti 1 - Mendirikan Khemah

4.00 p.m. : Aktiviti 2 - Gajet

5.00 p.m. : Solat Asar Berjemaah / Minum Petang

5.30 p.m. : Sambungan Aktiviti Gajet

6.30 p.m. : Makan Malam / Persiapan Diri

7.15 p.m. : Solat Maghrib Berjemaah / Tazkirah

8.15 p.m. : Solat Isyak Berjemaah

8.45 p.m. : Aktiviti 3 – Malam Kesenian Islam

10.45 p.m. : Minum Malam

11.00 p.m. : Tidur

HARI : SABTU (29 OKTOBER 2011)

5.30 a.m : Persiapan Diri

6.00 a.m : Solat Subuh Berjemaah / Kuliah Subuh

7.00 a.m : Aktiviti 4 - Senaman Pagi

8.00 a.m : Sarapan pagi.

8.30 a.m. : Aktiviti 5 - Permainan / Ikatan / Pertolongan Cemas

10.00 a.m : Minum Pagi

10.30 a.m : Aktiviti 6 – Aktiviti 7 - Ikhtiar Hidup

12.30 p.m : Makan tengahari

1.00 p.m : Solat Zohor Berjemaah

1.45 p.m : Treasure Hunt/Kompas

3.45 p.m : Minum petang

4.00 p.m : Solat Asar Berjemaah

4.30 p.m : Aktiviti 8 - Larian Berhalangan

5.30 p.m : Penutup

6.00 p.m. : Bersurai

MAHRAJAN j-QAF 2011






MAHRAJAN (FESTIVAL) PROGRAM j-QAF

PERINGKAT DAERAH KUALA SELANGOR 2011

1. PENGENALAN

Mahrajan Program j-QAF adalah satu aktiviti murid beragama Islam yang bercorak pendidikan. Ia telah dijadikan sebagai kegiatan tahunan disekolah-sekolah program j-QAF yang merangkumi pelbagai aspek pembinaan akhlak dan rohani seperti ujian tilawah Al-Quran, kalam jama’ie, dikir barat dan kuiz agama. Semua kegiatan ini merupakan saluran yang memberi ruang kepada murid-murid untuk mengasah bakat dan meningkatkan potensi melalui bidang-bidang yang diminati.

2. OBJEKTIF

2.1. Menanamkan minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi Al-Quran.

2.2. Memantapkan lagi sebutan dan bacaan Al-Quran.

2.3. Memberi pendedahan kepada murid untuk memperkembangkan potensi mereka dalam aktiviti ko-kurikulum.

3. SASARAN

Murid-murid tahun 2 hingga tahun 6 di sekolah-sekolah program j-QAF dalam daerah Kuala Selangor.

4. TARIKH, MASA, TEMPAT, TEMA, PERASMI

Tarikh : 3 November 2011

Masa : 7.30 pagi – 1.00 petang

Tempat : SK PARIT MAHANG

Tema : AL-QUR’AN PEMANGKIN MODAL INSAN GEMILANG

5. ANJURAN & PENGELOLA

Anjuran : Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengelola : SK Parit Mahang

Perasmi : En. Ahmad Radzi bin Shaari,

Penolong PPD Pengurusan Akademik,

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor



Acara yang dipertandingkan:

  • Dikir Barat
  • Kalam Jamaie
  • Tilawah Al-Qur’an L
  • Tilawah Al-Qur’an L
  • Kuiz Bertulis

RIMUP 2011





RANCANGAN INTEGRASI MURID UNTUK PERPADUAN

KELOMPOK 2, KUMPULAN 5 - 2011

1. PENGENALAN

Rimup ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, pengemblengan tenaga dan kepakaran.

2. OBJEKTIF

1. Menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, para guru dan murid serta warga sekolah dari peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah dalam kegitan khas secara bersama-sama.

2. Mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong dan mewujudkan suasana muhibah secara sedar dan terancang.

3. Melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah.

4. Berkongsi kemudahan, perlaatan, tenaga, dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan-kegiatan khas secara bersama-sama.

3. SASARAN

Murid Tahap (Tahun 4, 5,6) dari SK Parit Mahang, SJK (C) Chung Wah, SJK (T) Ladang Bukit Ijok.

4. TARIKH & MASA

Rabu 5 Oktober 2011 ( 7.30 pagi – 1.30 ptg )

5. TEMPAT

Sk Parit Mahang.

6. PERINGKAT

Kelompok 2, Kumulan 5

7. ANJURAN & PENGELOLA

Anjuran: Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor

Pengelola: Sk Parit Mahang

Perasmi: En Mohamad Yatim bin Hj Abdul Karim


8. TENTATIF PROGRAM

7.30 am Pendaftaran

8.00 am Sarapan pagi

9.00 am Taklimat sukaneka & permainan bermula

· Bowling

· Susun tin

· Lari kaki tiga

· Lari pekebun

· Baling pundi kacang dalam bakul

· Bawa bola ping-pong

· Lari terus 100M

· Lari berganti 4 x 100

11.30 am Majlis perasmian penutup

· Ucapan pengerusi majlis

· Bacaan doa

· Ucapan Pengerusi RIMUP

· Ucapan perasmian dari PPD

· Penyampaian hadiah & cenderamata

1.00 pm Jamuan & bersurai


Related Posts with Thumbnails